KOTA KINABALU: Tindakan seorang lelaki mencuri kabel pencawang milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) membawa padah apabila terkena renjatan elektrik dalam kejadian berhampiran Kampung Gentisan di sini, awal pagi Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, lelaki berusia 30-an melecur pada bahagian muka, leher, bahu dan lengan kanan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Kalsom Idris berkata, tindakan suspek itu bukan saja mencederakan diri sendiri tetapi turut menyebabkan seluruh kampung tersebut terputus bekalan elektrik.
Menurutnya, kejadian itu disedari oleh penduduk kampung selepas terdengar bunyi dentuman yang kuat sebelum bekalan elektrik terputus.
Selepas itu, penduduk kampung terdengar suara orang menjerit meminta tolong dari tepi jalan sebelum menemui seorang lelaki dalam keadaan lemah sambil meraung kesakitan dengan keadaan kulit muka ada kesan terbakar.
"Dalam kejadian itu, suspek disyaki terkena renjatan elektrik ketika cubaan mencuri kabel di pencawang SESB yang berada di kawasan berhampiran.
"Seorang lagi rakannya turut cedera namun sempat melarikan diri sebelum polis tiba," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Kalsom berkata lagi, suspek yang melecur kemudian dibawa ke Hospital Likas untuk rawatan lanjut oleh ahli keluarganya sendiri.
"Keadaan lelaki terbabit kritikal kerana mengalami kecederaan melecur tahap tiga di bahagian muka dan leher manakala tahap dua di bahagian bahu dan lengan kanan.
"Selain itu terdapat luka di bahagian kening kiri dan matanya bengkak serta tidak dapat dibuka," katanya.
Kalsom berkata, kes masih dalam siasatan pihaknya di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat harta benda awam.
Beliau dalam pada itu turut menasihatkan orang awam supaya tidak melakukan perbuatan mencuri kabel elektrik yang bukan saja membahayakan diri sendiri tetapi juga ia adalah perbuatan jenayah yang boleh didakwa di mahkamah. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Apr 01 2024
Lelaki berusia 30-an melecur pada bahagian muka, leher, bahu dan lengan kanan. - Gambar hiasan
Presiden IOC, CMG anugerahkan plak kepada tim media Sukan Olimpik 2024
CMG sebagai agensi penyiar utama bagi Sukan Olimpik Paris 2024, berikrar melaksanakan tugasan dan tanggungjawab yang sejajar dengan mandat.
Banjir Perak: Polis sedia kenderaan ambil, hantar pelajar SMK Alor Pongsu
Bantuan itu diberikan kepada 46 pelajar SMK Alor Pongsu yang terkandas susulan jalan dinaiki air dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan.
Kes penyeludupan: 10 ditahan, pelbagai barangan dirampas
Seramai 10 individu termasuk seorang wanita ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk penyeludupan hidupan liar dalam operasi khas di Selangor, Terengganu, Sarawak dan Sabah antara 14 hingga 18 Mei lalu.
Ebit Liew tidak berbaju ketika panggilan video - Saksi
Saksi kesembilaan pendakwaan kes gangguan seksual, pendakwah tersohor Ebit Lew mendakwa dirinya sering diganggu secara seksual melalui panggilan telefon.
Ramai jemaah haji dikesan sakit sendi dan otot
Hasil Ziarah Rahmah yang digerakkan Unit Kesihatan Awam, mendapati, sakit sendi dan otot kerana membuat pergerakan jauh untuk melakukan ibadat antara permasalahan dialami jemaah sehingga mendorong pihak fisioterapi turut sama dilibatkan dalam program pendiidkan itu.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian – Pakar
Audiologis 20dB Hearing, Nurul Amirah Mior Hasim berkata kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza. Jelasnya, warga emas yang tidak mendapatkan rawatan untuk masalah pendengaran berisiko berdepan kesukaran menjalani rutin harian.
KTMB perhalusi garis panduan tren sewaan khas
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah baik dan mempertingkatkan garis panduan perkhidmatan tren sewaan khasnya (Charter Train) demi kepentingan orang awam dan syarikat itu.
Malaysia buat perhitungan dengan Korea Selatan di suku akhir
Aidil Aiman menunjukkan semangat yang tinggi apabila tetap mahu diturunkan walaupun masih dalam proses pemulihan susulan gastrik.
Cuba ceroboh istana, dua individu dipenjara dua bulan
Dua lelaki dijatuhi hukuman penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret pada Isnin kerana cuba menceroboh masuk Istana Negara, dalam kejadian 7 Mei lepas.
Iran akan adakan perarakan jenazah Raisi di Tabriz
Agensi Berita Republik Islam (IRNA) melaporkan Perarakan jenazah Presiden Iran, Ebrahim Raisi akan diadakan di bandar barat laut Tabriz pada Selasa sebelum jenazahnya dibawa ke Tehran.
Geng curi kabel, pecah rumah ketika musim PKP tumpas
Hasil serbuan pihak polis di tiga lokasi yang berasingan pada Isnin telah membawa kepada tangkapan kesemua suspek.